Sekolah vernakular tidak tekan bahasa Kebangsaan

0
124

CYBERJAYA 7 Dis. – Penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai isu lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam versi Mandarin menunjukkan sekolah vernakular memang tidak menekankan bahasa kebangsaan sehingga murid-murid terpaksa menyanyi dalam bahasa itu.

Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, penggunaan bahasa itu dalam bahasa Mandarin untuk memahami lagu kebangsaan sendiri.

“Maka benarlah apa yang saya jangka dan ini sangat memalukan dan mengecewakan kita semua.

“Sudah lebih 60 tahun kita merdeka dan sudah lahir generasi demi generasi di bumi Malaysia ini tetapi masih ramai tidak mampu memahami bahasa kebangsaan? Tidak syak lagi, ini bersangkut paut dengan sistem pendidikan yang terpisah-pisah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran semalam yang mendapati, video nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku dalam bahasa Mandarin adalah bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab ketika menyanyikan lagu itu.

Aminuddin menambah, semakin jelas sekolah vernakular menjauhkan rakyat daripada bersatu-padu di atas identiti dan agenda kebangsaan kerana sepatutnya perpaduan bermula dari bangku sekolah.

“Adakah disana masih lagi ada justifikasi bagi segelintir pihak untuk mempertahankan sekolah vernakular melainkan memang mereka sengaja utk tidak mahu bersatu, terutamanya di atas identiti nasional?,” ujarnya. #malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here