
GALICIA, Sepanyol 27 Nov. – Pihak berkuasa Sepanyol buat pertama kalinya berjaya menahan sebuah kapal selam yang digunakan untuk menyeludup dadah merentasi Lautan Atlantik.
Kapal selam berukuran 65 kaki itu berjaya dipintas dalam satu operasi khas di barat laut wilayah Galicia, Sepanyol Ahad lalu.
Dua anak kapal tersebut yang dipercayai warga Ecuador berjaya ditahan setelah mereka mengkaramkan kapal tersebut, manakala seorang lagi anak kapal yang dipercayai warga tempatan berjaya melarikan diri.

Pasukan keselamatan menganggarkan kapal tersebut membawa muatan dadah jenis kokain seberat tiga tan bernilai USD121 juta.
Portal Daily Mail menyebut, kapal selam tersebut dikesan ketika sedang dalam perjalanan dari Colombia ke Eropah, perjalanan yang meliputi jarak sejauh 4,778 batu nautika (7,690km).
Sumber terdekat dengan penyiasatan tersebut memberitahu, dalang penyeludupan ini merupakan ‘satu kumpulan yang besar dan berpengaruh, kerana kos untuk membina kapal selam ini sahaja dianggarkan bernila kira-kira USD2.7juta’. – Daily Mail