‘Teruskan suka, komen, kongsi’

0
155

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF

CYBERJAYA 2 Dis. – Kempen utamakan produk Muslim atau BMF perlu diperkasakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk terus menyokong produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan Muslim.

Seorang pengguna Facebook dikenali Dr. Asmadi Ahmad dalam status akaun media sosialnya berkata, terdapat segelintir pihak mendakwa kempen BMF dalam media sosial semakin menurun.

Tambahnya, ada juga mendakwa kumpulan dalam media sosial yang mempunyai puluhan ribu ahli tetapi hanya beberapa orang sahaja memberi maklum balas.

“Terima kasih kerana membantu kami untuk menjadi bertambah kuat ‘weaknesses turns into strength’.

“Mulai sekarang apa sahaja iklan produk BMF yang lalu di paparan media sosial kita, sila kongsi, komen atau sekurang-kurangnya tanda suka,” katanya dalam status akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, masyarakat juga jangan abaikan setiap iklan produk BMF, mahu beli atau tidak tetapi kerana tanda suka itu akan membantu mengembangkan iklan produk apatah jika mampu kongsi status tersebut.

“Yakinilah, Allah akan bantu kita dengan rezeki yang lain. Ingat, jika nampak produk BMF sekurang-kurangnya mesti tanda suka! .

“Rangkaian BMF akan terus berkembang untuk kita bergerak menguasai ekonomi Islam. Ini satu permulaan yang baik untuk kita melangkah ke bahagian yang lain pula,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here