TNB gerakkan set janakuasa mudah alih

0
205

CYBERJAYA 1 Dis. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggerakkan set janakuasa mudah alih di Bandar Sungai Lembing, Kuantan Pahang berikut musim tengkujuh mula melanda negeri itu termasuk negeri-negeri Pantai Timur lain.

Menurut akaun Facebook TNB Careline, penempatan alat itu sebagai tunggu sedia banjir jika kawasan tersebut dinaiki.

“Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati semasa mengendalikan peralatan elektrik sekiranya premis mereka dinaiki air.

“Jangan sesekali menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah atau lembap,” katanya dalam status tersebut.

Penduduk di tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan diminta berjaga-jaga apabila terdapat beberapa batang sungai utama di negeri tersebut menunjukkan peningkatan apabila melebihi paras berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my semalam, empat sungai di Pahang iaitu di Sungai Tembeling, Sungai Kuantan, Sungai Belat dan Sungai Lepar turut menunjukkan amaran berjaga-jaga. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here