TUDM lakukan misi bantuan mangsa banjir

0
260

GAMBAR IHSAN TUDM

CYBERJAYA 3 Dis. – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan dua penerbangan menghantar bantuan kepada penduduk di Felcra Keruak, Besut, Terengganu yang terjejas akibat situasi banjir.

TUDM menerusi satu kenyataan berkata, barangan itu dihantar menggunakan helikopter EC725 AP dari Pangkalan Udara Gong Kedak ke Padang Bola Felcra Keruak bermula pukul 10 pagi tadi.

Antara barangan yang dihantar berupa makanan, tikar, toto dan khemah itu merupakan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penerbangan pesawat tersebut dikendalikan oleh Mejar Zool Amali Shodali dan dibantu Kapten Wan Muhammad Haqimi Wan Zin dengan bantuan beberapa anak kapal. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here