Turki kini memiliki lapangan terbang terbesar di dunia!

0
137

Lapangan Terbang Istanbul Havalimani, Turki dibina bagi menggantikan Lapangan Terbang Istanbul Ataturk dan baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang pertama.

Manakan tidak, lapangan terbang baharu ini mempunyai enam landasan dengan keluasan tanah 818 juta kaki per segi.

Selepas pembinaan fasa pertama siap pada Mac 2018, ia mampu mengendalikan 90 juta penumpang setahun.

Malah, jumlah itu boleh meningkat sehingga 150 juta setahun dan dalam tempoh jangka masa panjang, mencecah 200 juta penumpang.

Apabila semua fasa lengkap dibina pada 2025, ia jakan mempunyai keseluruhan lapan landasan dan 16 taxiway.

Hebatkan!

Apa yang lebih menarik, seni bina lapangan terbang ini meraih anugerah World Architecture Festival’s Future Infrastructure Project Award 2016.

Ia menampilkan keunikan seni bina seperti siling dan kubah masjid yang boleh dilihat sekitar Turki.

Para penumpang juga sudah memberikan sehingga 98 peratus kadar kepuasan pelanggan terhadap seni bina lapangan terbang tersebut.

FAKTA MENARIK

*Tarikh dibuka : 29 Oktober 2018

*Lokasi : Arnavutkoy, di bahagian Eropah Istanbul

*Fasa siap : 2025

*Penumpang : Sasaran 200 juta

*Jaringan : Menjadi global hub antara Asia, Afrika dan Eropah

*Kos : Berjumlah AS$7.2 bilion pada peringkat awal dan dijangka mengutip hasil sebanyak AS$30.65 bilion

SUMBER : AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here