Warga maya kagum dengan Raja Permaisuri Agong

0
222

GAMBAR ihsan Instagram Istana Negara

CYBERJAYA 6 Dis. – Pengangkutan awam, KLIA Ekspres bukan sahaja menjadi pilihan rakyat malah turut dinaiki Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Jika sebelum ini Seri Paduka boleh menaiki kenderaan rasmi namun baginda memilih pengangkutan awam itu untuk ke KLIA untuk penerbangan ke India.

GAMBAR ihsan Instagram Istana Negara

Menerusi ciapan akaun Twitter Seri Paduka hari ini, Tunku Azizah mencemar duli menaiki pengangkutan awam itu dari KL Sentral menuju KLIA pukul 7 pagi tadi.

“Ini bukan kali pertama dan terakhir saya ke KLIA menggunakan kemudahan ini. Saya lebih selesa memilih ERL untuk ke KLIA,” titah baginda.

GAMBAR ihsan Instagram Istana Negara

Keperibadian Tunku Azizah membuatkan rakyat mahu bertemu baginda dengan lebih dekat.

Ada juga segelintir warga maya kecewa tidak dapat bertemu Seri Paduka Permaisuri Agong semasa menaiki tren yang sama ke KLIA.

GAMBAR ihsan Instagram Istana Negara

Tunku Azizah dalam perjalanan ke New Delhi bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa sempena pengiktirafan kepada baginda sebagai Icon Craft Of The Year oleh World Craft Council (WCC) esok di India. – #MalakatTribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here