
CYBERJAYA 13 Dis.- Sebanyak 11 jenama strategik dari China akan dilancarkan di Malakat Mall Cyberjaya selepas termeterainya majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) hari ini.
Majlis menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim bersama 11 wakil jenama terkemuka itu di Yiwu, China.

Kerjasama bersama 11 jenama iaitu 2358 Fashion, Jojo Shoes, C & E Kitchenware, DUDE, Vastrend, TGM, Kuadu, Himawari, Firmer, Finder dan Yuanda itu dimeterai melalui segmen Gerbang Pasaran ASEAN di sana.
Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil dalam status akaun Facebook miliknya berkata, majlis menandatangani MoU itu memberi hak eksklusif kepada pihaknya di Malaysia.
“Jenama ini akan dilancarkan di Malakat Mall Cyberjaya,” katanya.-#MalakatTribune