120 pelajar sertai pakej pendidikan percuma

0
168

RAUDHAH CITY 3 Jan.- Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 1,000 pelajar mendaftar pada sesi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, jumlah itu meningkat berbanding kira-kira 700 pelajar tahun lalu.

“Alhamdulillah lebih 1,000 pelajar mendaftar pada hari ini, berlaku peningkatan berbanding 700 pelajar pada tahun lalu. Ini perkembangan baik.

“Pada hari ini saya memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai modul dan perjuangan kita, terbaharu ialah mengenai program 44 Hari ADAB Reset.

“Tahun ini, sesi akan bermula dengan pelajar akan dihantar ke mengikuti program itu selama tujuh hari di Eco Mellenium,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, program itu bagi memberi fokus kepada adab selain memperbetulkan rutin harian pelajar selepas cuti sekolah.

Katanya, program berkenaan juga dapat memupuk semangat setiakawan dalam kalangan pelajar dan menyingkirkan sebarang emosi yang tidak perlu.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Fadzil berkata, seramai 120 pelajar mengambil pakej pendidikan percuma melalui program ‘Free Education’ di Brainy Bunch.

Menurut Mohd. Fadzil, pendidikan percuma itu boleh dinikmati semua pelajar bermula dari peringkat tadika di Brainy Bunch hingga selesai peringkat sekolah tinggi.

“Ibu bapa akan memperoleh semula 100 seratus jumlah yuran yang telah dibayar kepada pihak Brainy Bunch dan sasaran kita ialah 1,000 pelajar setahun.

“Pendidikan percuma ini bermula dengan RM100, 000 namun, sudah tentu tidak semua ibu bapa berkemampuan membayar amount tersebut sekali gus.

“Oleh sebab itu, kami menawarkan pembiayaan melalui Bank Islam dengan kadar faedah yang amat rendah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, jika dibandingkan, kadar bayaran pembiayaan bank itu adalah lebih rendah berbanding yuran pendidikan di Brainy Bunch yang perlu dibayar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here