387 pelajar dijangkiti Influenza di Selangor

0
124

CYBERJAYA – Jumlah pelajar dijangkiti Influenza A di Selangor ini terus menunjukkan peningkatan daripada 245 pelajar semalam kepada 387 pelajar pada hari ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr. Mahanom Mat Sam berkata, berlaku sebanyak 142 penambahan jumlah pelajar dijangkiti virus itu sehingga pukul 9 pagi tadi.

Beliau berkata, jumlah bilangan sekolah terlibat turut menunjukkan peningkatan kepada 149 sekolah hari ini berbanding 105 sekolah semalam.

“Klang mencatatkan daerah tertinggi di negeri ini membabitkan 127 pelajar di 42 sekolah dengan diikuti Petaling Perdana dengan 97 kes dari 38 sekolah.

“Sepang mencatatkan 53 kes melibatkan 12 sekolah, Petaling Utama kekal 23 kes dari 10 sekolah dan Gombak 28 kes dari 16 sekolah.

“Selain itu, Kuala Langat 17 kes dari lapan sekolah, Hulu Selangor 16 kes dari lima sekolah, manakala Hulu Langat mencatat 10 kes dari 8 sekolah dan Sabak Bernam tujuh kes dari tiga sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mahanom, sehingga kini, tiada kelas atau sekolah ditutup ekoran wabak itu.

“Kesemua kes yang dilaporkan telah menerima rawatan di klinik dan hospital berhampiran serta dilaporkan stabil.

“Mereka diberi cuti rehat dan dinasihatkan untuk dikuarantin di rumah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari.

“Pesakit yang menerima rawatan di wad dan dipantau di hospital juga ada yang telah dibenarkan pulang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini, sebanyak 15 sekolah telah dijalankan mitigasi dan penyahkuman secara keseluruhannya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here