
CYBERJAYA 10 Dis. – Tiada lagi ‘tanda kehidupan’ yang dapat dikenal pasti di White Island, New Zealand selepas sebuah gunung berapi meletus, semalam.
Menurut pihak berkuasa, setakat ini lima pelancong disahkan maut, manakala 27 lagi diklasifikasikan sebagai ‘hilang’.
18 mangsa berjaya diselamatkan, dengan sebahgian daripada mereka mengalami kelecuran teruk.

Difahamkan ketika kejadian, seramai 50 pelancong berada di kawasan gunung berapi tersebut, yang meletus pada pukul 2.11 petang waktu tempatan.
Pasukan penyelamat berkata, mereka masih belum berjaya memasuki kawasan insiden kerana kemungkinan tanah runtuh dan letusan susulan, dan menambah beberapa penerbangan pemantauan telah dilakukan.