600 kiosk BMF bakal diwujudkan di masjid di seluruh Pahang

1
3422

CYBERJAYA – Sebanyak 600 kiosk yang memasarkan produk Buy Muslim First (BMF) atau beli produk Muslim dahulu bakal dibuka di seluruh masjid di Pahang tidak lama lagi, kata, Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari.

Memetik laporan Ismaweb.net, beliau berkata,
setakat ini proses tersebut berjalan lancar dan pihaknya hanya menunggu lampu hijau daripada pihak Mufti Pahang bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan.

Selain itu, pihaknya juga akan melihat kemudahan di masjid-masjid terbabit terlebih dahulu bagi memudahkan urusan jual beli kelak.

“Produk yang akan diniagakan adalah barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung,” katanya.

Mohd. Nor Izzat atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat

Sebelum ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) UMMAH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi melaksanakan kempen berkenaan.

Kempen berkenaan memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.

Mengulas lanjut, Mohd. Nor Izzat berkata, pembukaan 600 kiosk di Pahang merupakan jaringan kerjasama antara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Negeri Pahang dan Pembela.

Katanya, selain perancangan untuk mewujudkan kiosk tersebut, pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall juga diharapkan dapat membantu dalam menjihadkan ekonomi Islam.

Masjid Sultan Ahmad Shah 1 antara masjid yang terletak di Pahang

“Pra perasmian Malakat Mall telah disempurnakan baru-baru ini dan Insya-Allah, pra perasmian keduanya ialah majlis Munajat Perdana yang akan diadakan pada 21 Januari ini di Malakat Mall yang melibatkan kiyai, agamawan, tahfiz-tahfiz, tokoh perniagaan dan tokoh NGO.

“Bagi peringkat usahawan pula, sudah ada yang melepasi peringkat saringan dan pemilihan. Sudah pasti mereka teruja.

“Malah, kami dalam Jawatankuasa Prasarana Kempen BMF dan pejuang-pejuang BMF juga tidak sabar untuk melihat pasar raya 100 peratus produk muslim pertama di Malaysia beroperasi,” katanya.-MT

Program Munajat Perdana akan diadakan sempena pra pelancaran Malakat Mall di Raudhah City, Cyberjaya pada 21 Januari ini

1 COMMENT

  1. Di fb kita mcm disekat supaya sambutan bmf ni nampak kurang sambutan.Ruangan komen dipendekan.kita mcm tak diberi peluang untok komen di fb yg kempen bmf di utarakan.ini menunjokan ada dalang2 tertentu yg cuba sabotaj kempen bmf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here