6,000 dipindahkan akibat letusan gunung berapi Taal

0
130

CYBERJAYA – Pihak berkuasa Filipina telah memindahkan ribuan penduduk yang mendiami kawasan sekitar gunung berapi Taal di Batangas, Luzon, semalam.

Memetik laporan portal The Inquirer, kira-kira 6,000 penduduk telah dipindahkan dari lima kawasan terlibat iaitu Talisay, Balete, San Nicolas, Agoncillo, dan Laurel.

“Proses evakuasi ini dikoordinasi oleh agensi tempatan dan Pengawal Pantai Filipina,” kata jurucakap Badan Pengurangan Risiko dan Pengurusan Bencana (NDRRMC), Mark Timbal.

Pemindahan besar-besaran tersebut berikutan gunung berapi Taal mula memuntahkan debu panas, diikuti dengan amaran Institut Vulkanologi dan Seismik Filipina (Phivolcs) yang menaikkan tahap amaran ke Tahap 4, tahap tertinggi bahawa letusan akan terjadi bila-bila masa sahaja. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here