Abang posmen disangka penjual ais krim

0
402

CYBERJAYA – Kisah ini agak lucu tapi ia memberi kesan besar kepada seorang kakitangan Pos Malaysia Bhd, (Pos Malaysia) Mohd. Zainie Nordin, 46, apabila dianggap sebagai penjual ais krim sepanjang kerjayanya dengan syarikat itu.

Menurut akaun Facebook Friends of Posmen, Zaine yang bersama Pos Malaysia sejak 2003 lagi menceritakan pengalamannya sepanjang 17 tahun ketika menghantar serahan kepada pelanggan.

Menurutnya, kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dalam kerjayanya apabila sekumpulan kanak-kanak menahan motosikalnya untuk membeli ais krim.

“Mereka ingat tong besi yang berada di belakang motosikal posmen saya adalah ‘box’ ais krim. Itu antara kenangan manis yang sukar dilupakan,” katanya.

Zainie yang telah mendirikan rumah tangga dan memiliki dua cahaya mata berkata, selain kenangan manis, kenangan pahit juga turut dirasainya apabila dikejar anjing semasa membuat serahan barang kepada pelanggan.

“Nasib baik saya tidak mengalami sebarang kecederaan akibat peristiwa tersebut,” katanya.

Dia yang mula bertugas di Cawangan Serahan Banting pada 2003 kemudian bertugas di Pusat Serahan Pos Malaysia Teluk Panglima Garang sejak 2004 sehingga kini.

Katanya, bertugas sebagai posmen mempunyai ramai kenalangan dariapda pelbagai bangsa sekali gus mendekatkan dirinya dengan masyarakat.

Walau apapun yang berlaku, teruskan khidmat kepada rakyat tanpa rasa jemu. Rakyat sentiasa menghargai pengorbanan besar semua abang posmen. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here