Adakah Majlis Media lebih adil?

0
103

CYBERJAYA – Presiden Ikatan Islam Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya mempersoalkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran yang akan mengetuai jawatankuasa penaja Majlis Media Malaysia seperti diumumkan kerajaan semalam.

Menurut beliau, selama ini portal berita itu banyak mempromosi, mengangkat pemikiran dan suara liberal serta ‘anti-establishment’.

Kata beliau, hasilnya kerajaan Barisan Nasional berjaya ditumbangkan dan melihat begitu penting peranan media yang bukan sahaja mampu mempengaruhi pemikiran rakyat malah menumbangkan kerajaan.

“Persoalan besar yang kita akan hadapi apakah media lebih adil dan membawa imej Islam selain rakyat khususnya belia akan terus diselewengkan¬† dengan pemikiran-pemikiran sesat.

“Apakah media mempromosikan integrasi kaum atau hanya menaikkan sentimen kebencian kaum dan jati diri bumiputera serta orang Melayu sebagai identiti nasional akan diberi keadilan atau ditenggelamkan?,” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah Majlis Media bagi mengawal selia industri media dan membuat pemantauan semasa berdasarkan undang-undang.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, pada masa sama majlis tersebut juga berfungsi untuk bertindak terhadap aduan orang ramai mengenai media.

Kata Gobind, untuk permulaan majlis tersebut akan dianggotai 17 orang jawatankuasa proterm dengan diwakili oleh organisasi media cetak, elektronik dan atas talian, organisasi wartawan media tempatan dan antarabangsa, kesatuan wartawan serta wakil pertubuhan bukan kerajaan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here