Amerika beri amaran lancar serangan terhadap 52 aset strategik milik Iran

0
55

CYBERJAYA 5 Jan. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran tegas dengan bersedia untuk menyerang 52 aset strategik milik Iran sekiranya rakyat atau aset milik AS diserang terlebih dahulu.

Trump berkata, salah satu sasaran itu ialah negara Iran sendiri.

“Iran telah menyerang kedutaan AS dan kemudiannya merancang untuk menyerang lokasi lain. Saya ingin tegaskan, sekiranya, Iran menyerang mana-mana aset milik AS, kami akan menyerang semula 52 aset milik Iran yang telah dijadikan sasaran.

“Jumlah sasaran ini mewakili 52 tawanan AS yang ditawan oleh Iran sejak beberapa tahun lalu. Antara sasaran ini ialah aset paling bernilai dan penting kepada Iran dan kebudayaan mereka termasuk negara mereka sendiri,” katanya dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Ketegangan antara AS dan Iran kian memuncak selepas tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran, Qasem Solaiman terbunuh
dalam serangan dron oleh AS, baru-baru ini.

Pembunuhan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang berikrar akan membalas dendam di atas kematian Qasem.

Dalam pada itu, Trump turut menegaskan serangan tersebut akan dibuat dengan pantas dan tanpa belas ihsan. –#malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here