Aminuddin letak jawatan Pengerusi Ummah

0
221

CYBERJAYA 8 Jan. – Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya melepaskan jawatan itu bagi memberi ruang kepada pihak lain memacukan lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut ke arah yang lebih gemilang.

Beliau berkata, semenjak penubuhannya sehingga ke hari ini kira-kira tiga tahun bersama NGO itu.

“Banyak pencapaian yang diperoleh dalam masa singkat ini antaranya mengadakan himpunan terbesar dalam sejarah negara untuk menolak ICERD, himpunan tolak Statut Rom, bantahan cadangan penghapusan Hukuman Mati Mandatori dan penentangan perlaksanaan UEC.

“Yang lebih mengembirakan usaha yang dijalankan oleh Ummah, kedua-dua parti besar orang Melayu Pas dan UMNO telah bergabung membentuk Muafakat Nasional.

“Walaupun Ummah tidak terlibat secara langsung tetapi seruan kesatuan yang dibawa mengesani pimpinan kedua-dua parti tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, Ummah juga berjaya menyatukan umat Islam apabila melancarkan kempen Buy Muslim First (BMF) yang sehingga hari ini mendapat sambutan sangat luar biasa.

Katanya, kempen itu akan berterusan sehinggalah berjaya merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara ini.

“Atas pencapaian ini maka sudah tiba masanya saya menyerahkan kepemimpinan Ummah kepada pihak lain bagi memacukan lagi NGO itu ke arah lebih gemilang,” ujarnya.

Aminuddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua kepemimpinan Ummah yang telah memberikan kerjasama baik kepadanya sepanjang menerajui pertubuhan itu.

“Insya-Allah, saya akan terus menumpukan usaha-usaha lain bersama dengan Pertubuhan-pertubuan Pembela Islam (Pembela) bermula hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here