Anak Ahmed Deedat cedera ditembak, kini kritikal

0
372

CYBERJAYA – Anak pendakwah terkenal Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat dilaporkan ditembak dalam satu kejadian di Kwazulu Natal (KZN), Afrika Selatan semalam.

Yousuf Deedat

Menurut portal berita The Islamic Foundation, Yousuf Deedat,65, ditembak di hadapan bangunan Mahkamah Keluarga Verulam pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan).

Pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang disyaki sebagai penembak tersebut.

“Menurut saksi kejadian, saspek lelaki itu melarikan diri menggunakan sebuah kereta Mazda berwarna putih,” kata jurucakap polis KZN, Thembeka Mbele.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kini berada dalam keadaan kritikal,” tambah Mbele.

Yousuf merupakan seorang pendakwah dan aktivis tempatan yang aktif bergerak dalam program kemasyarakatan di bandar tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here