Anak Ahmed Deedat meninggal dunia

0
425

CYBERJAYA – Anak pendakwah terkenal Sheikh Ahmed Deedat dilaporkan meninggal dunia semalam setelah ditembak dalam satu kejadian di bandar Kwazulu Natal, Afrika Selatan Rabu lalu.

Memetik laporan portal berita IOL, Yousuf Deedat,65, yang mengalami kecederaan parah selepas ditembak di kepala, meninggal dunia pada pukul 2.40 petang waktu tempatan ketika menerima rawatan di Hospital St. Anne di Pietemaritzburg.

Berita kematian beliau diumumkan oleh anaknya, Raees Deedat.

“Bagi pihak keluarga, kmi ingin mengucapkan terima kasih di atas segala sokongan yang kami terima daripada semua. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat,” kata Raees.

Dalam kejadian Rabu lepas, Yousuf ditembak oleh seorang suspek di hadapan bangunan Mahkamah Magisteret Verulam.

Menurut polis, suspek itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih, dan operasi memburunya masih dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here