[ANALISIS] Jangan salahkan pengguna kalau pegawai sendiri tak paham SOP

0
101

TULAR dalam media sosial hari ini, luahan seorang individu mengenai kesusahan kakaknya yang menderita akibat kanser mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membayar wang rawatannya.

Para keluarga terpaksa menyewa sebiji ambulan dan kemudiannya mengusung kakak mereka ke kaunter perkhidmatan, hanya kerana perlu mengimbas cap jari di mesin yang disediakan.

Dan setelah melalui kepayahan tersebut, keluarga tersebut dimaklumkan pula oleh seorang pegawai bahawa cap jari boleh diambil secara manual, namun proses pengeluaran adalah lambat.

Aduh KWSP, lagi beberapa hari kita dah nak masuk tahun 2020, bagaimana pegawai yang bertugas boleh terlepas pandang SOP pulak?

Kalau pegawai anda yang tak cekap, jangan salahkan pengguna buat bising. Dalam isu ini, Cakcibor nampak SOP sedia ada sudah cukup menerangkan segalanya.

Ini bukan isu SOP, ini isu pemahaman manusia. Nampaknya pegawai yang bertugas tidak faham SOP KWSP sendiri.

Cakcibor dan kawan-kawan sendiri penah melalui satu pengalaman yang kurang manis dengan satu agensi kerajan ni. Isunya hampir sama, bagaimana para pegawai menterjemahkan SOP dan peraturan berdasarkan pemahaman. Tapi cerita itu, nanti Cakcibor akan kongsi lain kali.

Perlu ke ubah SOP yang sudah nampak ada jawapan bagi setiap masalah, atau ‘ubah’ sahaja mana-mana kakitangan yang gagal terjemahkan SOP sedia ada dalam usaha memberi yang terbaik kepada pelanggan?

KWSP sebentar tadi dah pun meminta maaf, tetapi itulah, adakah permintaan maaf itu akan diterjemahkan kepada pengemasan dan naiktaraf khidmat? Hanya masa akan menentukan.

Jadi, sendiri mau ingat lah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here