[ANALISIS] Usahawan Muslim perlu sedia berubah dan bersatu

0
132

BEBERAPA minggu lalu, heboh diperkatakan salah satu gergasi dunia peruncitan, Tesco Plc. sedang mengkaji kemungkinan untuk ‘meninggalkan’ operasinya di Thailand dan Malaysia.

Ini merupakan salah satu strategi pengukuhan syarikat, yang mana Tesco kini sedang fokus untuk mengukuhkan operasinya di tanah air kelahirannya di United Kingdom.

Jika ini benar-benar terjadi, peruncitan negara akan kembali ‘terbuka’ kerana salah satu daripada pemain utama industri telah menarik diri.

Di Malaysia, gergasi peruncitan ini beroperasi di 74 buah lokasi, manakala di Thailand, ia mengoperasikan lebih daripada 1,500 outlet Ekspress dan 400 buah pasar raya besar di bawah nama Lotus.

Selain Tesco, antara syarikat asing lain yang beroperasi di sini termasuk pasar raya Giant Malaysia dimiliki oleh Dairy Farm International Holdings Limited, yang berpangkalan di Hong Kong dan merupakan salah satu daripada anak syarikat Jardine Matheson Group, diikuti Aeon Co. (M) Bhd. yang merupakan anak syarikat Aeon Group, syarikat peruncitan terbesar Asia yang berpangkalan di Jepun.

Pada 2018, industri peruncitan negara bernilai lebih RM103.7 bil, dan Kumpulan Peruncitan Malaysia (RGM) menganggarkan jumlah ini akan mengalami kenaikan sebanyak 4.4% kepada RM108.3 bil bagi tahun ini.

Dan daripada jumlah itu, laporan interim Tesco Plc. bagi tahun 19/20 menyebut, operasinya di Malaysia mencatatkan pendapatan sebanyak £414 juta (RM2.18 bil).

Jika benar Tesco menutup operasinya di sini dalam jangka masa terdekat, persoalannya, adakah pemain tempatan sudah cukup mampu untuk merebut peluang ini dan mengisi kekosongan tersebut?

Peluang sudah ada, yang diperlukan kini hanyalah kesediaan dan keberanian untuk berubah demi masa depan usahawan Muslim.

Pada Cakcibor, sudah sampai masanya kita sebagai anak tempatan merebut peluang yang terhidang. Mungkin kita tak akan mampu jika cuba bersaing sendirian, tetapi apa kata jika semua bersatu, bayangkan apa yang kita boleh capai.

Jika Tesco benar-benar ingin melepaskan perniagaannya, modal pengambil alihannya dijangka di dalam angka berbilion ringgit. Adalah agak mustahil bagi sesebuah syarikat untuk mengumpul dana sedemikian, namun tidak mustahil, bagi SATU KONSORTIUM yang terdiri daripada beberapa syarikat Muslim untuk mengumpulkan dana yang mencukupi bagi memenuhi hasrat itu.

Pokok pangkalnya, adakah kita sedia berubah demi masa depan kita sendiri, dan bersatu atas dasar menaikkan ekonomi kita sendiri.

Sendiri mau ingat lah… #MalakatTribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here