ASEAN Market Gateway di Indonesia

0
105

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fadzil Hashim, menerusi usaha tersebut diharap dapat membawa keluar jenama hebat milik usahawan di negara tersebut dan pada masa sama untuk membantu membawa masuk produk baharu dari luar ke Indonesia.

Coach Fadzil

RAUDHAH CITY – ASEAN Market Gateway yang merupakan satu platform baharu untuk menghimpunkan semua jenama terbaik Asia di bawah satu bumbung bakal melebarkan sayapnya ke Indonesia dalam masa terdekat.

“Sekarang sudah dalam perancangan dan kita sasarkan selepas sambutan hari raya kita sudah boleh lancarkan outlet rasmi pertama kita.

“Keutamaan kita ialah kalau ada usahawan Muslim, memang wajib untuk kita bantu dan sokong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malakat Tribune selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama pengeluar jenama pakaian sukan muslimah terkenal Indonesia, Noore Sports Hijab bagi membolehkan jenama tersebut memasuki pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah City Sdn. Bhd. berkata, aspirasi ASEAN Market Gateway ialah menyediakan satu ruang dan peluang untuk pengeluar jenama atau pengilang untuk membantu mereka memasarkan barangan masing-masing.

Katanya, sebagai contoh pada Disember tahun lalu ketika ASEAN Market Gateway buat pertama kali ditubuhkan, pihaknya telah menandatangani MoU bersama 11 jenama terbaik dari China untuk dipasarkan.

ASEAN market Gateway di Yiwu, China

Sehubungan itu, katanya, konsep yang sama akan digunakan di Indonesia yang turut mempunyai kapasiti besar.

“Walaupun jenama dari Indonesia tak sama dengan China tapi ada beberapa barang mereka cukup hebat. Cuma masalahnya di Indonesia ialah barangannya tak boleh ditemui secara dalan talian untuk dibeli secara pukal. Kena cari melalui beberapa cara baharu jumpa.

“Jadi saya rasa ini merupakan satu keputusan strategik untuk mewujudkan ASEAN Market Gateway di sana bagi membantu dan membuka peluang lebih luas kepada usahawan kita yang hebat dan masih muda di sana,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd. Fadzil yang juga pengasas Malakat Mall merakamkan penghargaan kepada pihak Kedutaan Indonesia di Malaysia yang melawat Malakat Mall kelmarin dan bersedia untuk memberi bantuan bagi menjayakan lagi pusat beli belah tersebut.

“Kelmarin pun Malakat Mall dilawati oleh pihak kedutaan dan mereka akan membantu kita mengenal pasti jenama yang boleh dibawa masuk ke Malakat Mall. Saya rasa ini satu pengiktirafan kerana pusat beli belah kita kecil sahaja. 

“Kalau ada produk Indonesia yang bagus kita boleh ambil dan sudah pasti kalau ada produk kita yang bagus kita akan ambil dulu tapi sayangnya kita ada banyak produk bagus tapi mereka tidak mahu masuk ke Malakat Mall,” katanya.

Menyentuh lebih lanjut, Mohd. Fadzil berkata, sasaran pihaknya ialah untuk membawa masuk Malakat Mall ke Indonesia dan hasrat tersebut mendapat perhatian daripada pihak kedutaan mereka.-MT 

Malakat Mall

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here