Bandingkan diskaun PLUS, Maju Holding

0
156

Umum mengambil maklum bahawa pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak menjual syarikat berkaitan kerajaan iaitu Plus Malaysia Bhd (PLUS) kepada pihak swasta. Sebaliknya, perjanjian konsesi lebuh raya PLUS telah dilanjutkan selama 38 tahun dari 2020 sehingga 2058. PLUS juga perlu menurunkan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna kenderaan persendirian bermula seawal Februari 2020.

Umum mengetahui bahawa jajaran lebuh raya PLUS mendominasi keseluruhan lebuh raya di Malaysia.

Prof. Madya Dr. Mohd. Yusof Saari

Umum juga mengetahui bahawa rakyat memperuntukan sebahagian besar perbelanjaan bulanan mereka ke atas kos pengangkutan. Justeru itu, penggurangan kadar tol sebanyak 18 peratus ini dijangka memberi impak signifikan di dalam menggurangkan kos perbelanjaan rakyat melalui mekanisma kesan langsung dan tak langsung.

Pertama, kesan langsung kepada rakyat diukur berdasarkan penggurangan kadar tol yang mereka bayar.

Kedua, kesan tak langsung ke atas harga barangan yang dijangka menurun akibat daripada penggurangan kos pengangkutan barangan. Pihak berwajib perlu memantau sejauh mana pengeluar barangan di luar sana mengurangkan harga mereka di pasaran akibat daripada penggurangan kos pengangkutan.

Seterusnya, adakah penggurangkan kadar tol sebanyak 18peratus memadai? Jika dibandingan dengan tawaran Maju Holdings, lebih menguntungkan kepada rakyat jika PLUS diswastakan. Maju Holdings menawarkan penggurangan kadar tol sebanyak 36 peratus dan tidak akan meminta pampasan kewangan daripada kerajaan.

Jika ianya tidak berlaku, maka ini satu kegagalan dasar dan kerugian kepada pihak kerajaan kerana langkah penggurangan kadar tol adalah progresif yang bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan kos hidup rakyat.

Tawaran daripada Maju Holdings adalah berasas jika dinilai daripada sudut keuntungan pengendalian operasi lebuh raya. Nilai pengganda keuntungan untuk pengendalian operasi lebuh raya di Malaysia ialah sekitar RM0.74.

Ini bermakna bagi setiap Ringgit kadar caj yang dikenakan, 0.74 sen akan diperolehi di dalam bentuk untung. Jadi wajarlah kadar tol PLUS boleh dipertimbangkan untuk dikurangkan lagi di masa hadapan.

Pada masa sama, PLUS juga perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka selain menggunakan keuntungan syarikat untuk pelaburan ke atas perniagaan yang memberi manfaat besar kepada rakyat.-MT

Oleh Pensyarah Fakulti Ekonomi UPM, Prof. Madya Dr. Mohd. Yusof Saari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here