Bank Rakyat jangka dividen kompetitif

0
111

CYBERJAYA 24 Dis.- Bank Rakyat menjangkakan pengagihan kadar dividen yang kompetitif bagi tempoh kewangan berakhir Disember 2019 berdasarkan prestasi semasa yang memberangsangkan.

Bank Rakyat dalam kenyataannya berkata, prestasi keuntungan sebelum cukai dan zakat setakat 30 September meningkat empat peratus kepada RM1.29 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan itu turut menjelaskan, langkah penutupan anak-anak syarikatnya adalah sejajar dengan komitmen bagi memberi keutamaan dan fokus hanya kepada perkhidmatan kewangan.

“Kesemua pekerja Rakyat Holdings dan anak syarikatnya, Rakyat Travel, Rakyat Hartanah, Rakyat Asset Management, Rakyat Niaga dan Rakyat Facility Management telah diserap untuk berkhidmat di bank berkenaan bermula 15 Disember mengikut kelayakan mereka,” katanya.-#malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here