Bayar RM10 dapat ilmu baharu

0
106

RAUDHAH CITY 21 Dis. – Peserta yang menyertai program Ayuh Bangkit 4.0 di Ibu pejabat Kumpulan Brainy Bunch di sini memperoleh ilmu baharu dalam meningkatkan perniagaan mereka.

Rata-rata yang ditemui menyifatkan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim membuka minda mereka dalam mengembangkan perniagaan.

Seorang usahawan, Muhammad Hirman Abdul Khairil berkata, banyak ilmu baharu diperolehnya daripada Mohd. Fadzil atau dikenali sebagai Coach Fadzil.

“Saya mengambil keputusan menyertai program ini semalam selepas mendengar Coach Fadzil mengadakan Ayuh Bangkit 4.0.

“Coach Fadzil membuka minda saya dengan ilmu-ilmu baharu dalam mengembangkan lagi bisnes. Selain itu kami tertarik dengan usaha beliau mahu membuka Malakat Mall yang menghimpunkan usahawan dan produk Muslim di pasar raya itu,” katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang selepas selesai program tersebut hari ini.

Bagi seorang ejen pewangi kereta Xfrash dari Perak, Mohd. Fairulizam Abdul Latif, program itu berbeza dengan program keusahawanan yang diikutinya sebelum ini kerana ia membimbing peserta membuat pelan perniagaan dalam tempoh jangka panjang.

Katanya, Ayuh Bangkit 4.0 sangat baik kerana membimbing usahawan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Coach Fadzil menyuntik kata-kata semangat kepada saya dan usahawan lain supaya bangkit dalam mengembangkan perniagaan.

“Jika sebelum ini saya menyertai program keusahawanan yang menyediakan pelan perniagaan selama lima tahun tetapi program ini menyasarkan tempoh 30 tahun dan ini sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Pendapat itu disokong rakannya, Jailani Mohd., sambil menyifatkan program itu membangkitkan semangat usahawan-usahawan Melayu untuk terus berjaya.

Jailani yang berasal dari Seremban berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk menyertai program seawal pukul 3 pagi itu kerana selain bimbingan perniagaan, peserta juga turut ditekankan tentang soal kerohanian dan agama seseeorang.- #malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here