Bersatu dalam perjuangan

0
170

Sejak tahun lalu, lonjakan terhadap kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) atau Utamakan Produk Muslim terus mendapat perhatian.

Malah ia dianggap sebagai pesaing kepada usahawan bukan Muslim yang merasakan pendapatan mereka akan terjejas.

Kempen ini bukan bermusuh dengan sesiapa. Ia adalah untuk mengembalikan usahawan-usahawan Muslim memperkenalkan produk mereka yang selama ini tidak diketahui umum.

Mereka selama ini kurang publisiti dalam media arus perdana dan media sosial tiba-tiba tumbuh bagaikan cendawan.

Ini kerana wujudnya kumpulan-kumpulan media sosial sama ada dalam kumpulan aplikasi Whatsapp, Telegram dan Facebook.

Di situ menjadi medan kepada mereka mengetengahkan produk yang selama ini tidak diketahui oleh orang ramai.

Daripada ubat gigi, barangan keperluan kaum adam, hawa dan keperluan dapur sehinggalah pusat penginapan diusahakan oleh Muslim.

Jika tiada media sosial sudah tentu masyarakat kita tidak mengetahui bahawa produk tersebut diusahakan oleh umat Islam.

Sudah menjadi kelaziman masyarakat Muslim akan membeli barangan keperluan dapur dan diri di pasar raya-pasar raya dikuasai oleh bukan Muslim.

Kita tidak boleh salahkan mereka kerana pasar raya yang diusahakan oleh usahawan Muslim agak terhad. Contoh boleh diambil Mydin. Kalau tiada pasar raya itu terpaksa rakyat berbelanja di pasar raya lain.

Kini sejak kempen BMF dilancarkan tahun lalu, muncullah beberapa pasar mini Muslim di seluruh negara. Produk Muslim diutamakan dalam rak-rak mereka.

Bukan itu sahaja, kedai-kedai Aceh juga menyahut seruan BMF. Mereka mengutamakan produk Muslim kerana majoriti berbelanja di situ adalah Muslim.

Difahamkan lebih 10,000 ahli Gabungan Usahawan Aceh Malaysia (GUAM) di negara ini akan menjual produk kita.

Malah kempen tersebut turut mendapat perhatian media Wilayah Aceh yang kagum dengan semangat dan kesungguhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menjalankan kempen itu.

Namun sebagai umat Islam kita tidak perlu mendabik dada dengan kejayaan singkat ini. Kempen ini perlu diteruskan dalam mewujudkan satu ekosistem ekonomi baharu umat Islam.

Kita sudah jauh ketinggalan tapi belum terlewat untuk bangkit semula memperbetulkan kesilapan lalu.

Yang penting adalah niat membangunkan ekonomi ummah sekali gus membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada umat Muslim.

Penekanan tentang soal hati amat penting. Jika ada rasa iri hati dan cemburu terhadap kejayaan usahawan lain mohon buang jauh-jauh. Sifat ini bukan sahaja meruntuhkan ekonomi malah kesannya kepada umat Islam.

Bersatu dalam mengukuhkan ukhwah dan meningkatkan ekonomi umat Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here