Bersedia Ayuh Bangkit 4.0

0
162

RAUDHAH CITY 20 Dis.- Ketika artikel ini ditulis, hanya tinggal tujuh jam sebelum bermulanya program Ayuh Bangkit 4.0 di Great Hall, Brainy Bunch Complex di sini.

Ketika ini, segala persiapan di Great Hall giat dijalankan bagi menjayakan seminar yang akan bermula seawal pukul 3 pagi hingga 1 petang esok.

Seminar selama sembilan jam itu akan dikendalikan oleh Pengasas Kumpulan Brainy Bunch & Raudhah City, Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Coach Fadzil.

Melalui program ini akan mampu merubah masa depan mereka yang konsisten dan komited dalam melaksanakan pelan tindakan yang dikongsikan secara eksklusif oleh Coach Fadzil.

Mungkin ada yang persoalkan kenapa seawal pukul 3 pagi, sebenarnya itulah pengorbanan kerana pengisiannya turut melibatkan aspek erohanian (qiamullail) dan aspek pengurusan wang.

Yuran untuk menyertai program ini bukan beribu ringgit tetapi hanya RM10, iaitu satu nilai yang boleh dianggap amat kecil jika dibandingkan dengan ilmu bakal diperoleh nanti.

Apa yang menarik ialah sesi personal ‘coaching’ bersama Coach Fadzil akan dilakukan secara berterusan dan tidak terhada asalkan setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan.

Tiada istilah terlambat untuk mana-mana individu merancang pelan untuk memperbaiki dan meningkatkan pendapatan dan mengembangkan lagi perniagaan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran program Ayuh Bangkit 4.0 orang ramai boleh layari www.AyuhBangkit.com/bootcamp .-#malakattrinune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here