CYBERJAYA – Usaha menyemarakkan kempen ‘Buy Muslim First’ terus dipertingkatkan apabila turut disertai Gabungan Usahawan Aceh Malaysia (GUAM) yang akan menjual produk-produk usahawan Muslim.
Ketua Prasarana Kempen BMF Pembela, Mohd. Nor Izzat Johari berkata, kerjasama itu terjalin selepas mengadakan pertemuan pertama dalam program Zikir Munajat di Tahfiz Mubbin, Taman Keramat Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurutnya, beliau dijemput menyampaikan taklimat dan ceramah khas berkaitan berkaitan kempen BMF yang turut dihadiri usahawan GUAM.
“Pihak GUAM tertarik malah bersungguh-sungguh mahu bersama dalam kempen itu. Kami telah adakan beberapa kali pertemuan dan perbincangan strategik untuk menjayakan kempen BMF, ” katanya kepada Malakat Tribune hari Ini.
Tambah Nor Izzat atau dikenali sebagai Cikgu Izzat, publisiti yang diberikan amat memberangsangkan bagi kedua-dua pihak apabila ada portal berita Aceh turut menyiarkan kempen BMF di Malaysia ke wilayah itu.- MT