BMF mula diikuti di Indonesia

0
133

CYBERJAYA 5 Jan.- Masyarakat Islam di Indonesia mula mengikut jejak langkah saudara Islam di Malaysia dalam mengutamakan barangan Muslim.

Saranan dan mesej membeli barangan Muslim ketika ini sedang tular di negara berkenaan selepas melihat keberkesanan langkah tersebut di Malaysia.

Mesej itu dikongsikan Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Mesej itu antara lain menyeru rakyat Indonesia membeli barangan di KitaMart, 212Mart atau di mana-mana usahawan atau pengusaha Muslim.

“Bila anda setuju dan peduli, maka jangan biarkan pesan ini hanya sampai ditangan anda. Kirimkan lagi ke sebanyak mungkin teman dan keluarga anda.

“Selanjutnya saling melaporkan daerah mana yang sudah menerapkan dalam tempoh satu atau dua bulan ke delan yang menunjukkan keberhasilan pesat,” kata mesej itu.

Mesej itu juga menyeru agar para peniaga muslim menjaga mutu dan harga selain memberi layanan yang baik dalam memastikan saudara Islam datang membeli barangan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here