BMF: Peniaga Muslim peroleh hasil jualan, keuntungan berlipat kali ganda

1
1322

CYBERJAYA – Sejak kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) giat dipromosikan bermula pada tahun lalu, banyak peniaga Muslim telah mendapat impak dengan memperoleh hasil jualan berkali ganda berbanding sebelumnya.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof. Zainur Rashid Zainuddin berkata, berdasarkan tinjauan dan pertemuannya dengan kebanyakan peniaga Melayu, mereka bersyukur kerana hasil jualan dan keuntungan perniagaan meningkat dengan kempen BMF.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof. Zainur Rashid Zainuddin

“Ini termasuk abang saya sendiri yang juga salah seorang daripada peniaga Halal Mart di Johor, menjual produk pertanian dan perkilangan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zainur Rashid berkata,
lebih menggembirakan lagi apabila Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman turut memberi sokongan dengan memberi mandat bagi membangunkan 600 Kiosk Muslim di seluruh masjid di Pahang.

“Mufti Pahang antara tokoh yang memberikan sokongan padu kepada BMF dan akan berusaha untuk menjayakan 600 buah kedai di masjid-masjid di seluruh negeri.

“Umat Islam di negeri-negeri lain seharusnya mencontohi inisiatif ini. Keuntungan kepada umat akan menggalakkan zakat, infak, haji dan sifat taawun di kalangan umat seakidah.

“Benarlah bahawa kempen BMF adalah satu jihad yang mulia,” katanya.-MT

1 COMMENT

  1. harap ramai lg usahawan2 peniaga2 muslim mencebur diri dlm bidang perniagaan yg skrg dikuasai olh bukan muslim bkn sj di sektor permakanan malah di sektor2 lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here