BMF: Usahawan Muslim wajib buka laman web

0
392

CYBERJAYA – Usahawan Muslim diwajibkan memasarkan produk atau perkhidmatan mereka melalui laman web atau portal yang khusus menjual barangan halal.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, perkara berkenaan sangat mustahak dalam memudahkan umat Islam mencari dan membeli produk halal keluaran mereka.

“Portal itu sepatutnya hanya mengeluarkan barangan yang kita panggil halal kamelan, maksudnya pengeluar, pembekal, pemegang saham, pekerja adalah Islam selain aspek pengurusannya dilakukan melalui kaedah Islam,” katanya seperti dipetik portal berita Ismaweb.net hari ini.

Sebelum ini, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya menjangkakan umat Islam di negara ini mampu menguasai ekonomi jika konsisten menyokong kempen Buy Muslims First (BMF).

Pada masa sama, Barjoyai mengingatkan para pengguna Islam berwaspada dan tidak melihat tulisan jawi di sesuatu produk sebagai isyarat bahawa barangan tersebut adalah halal.

Beliau berkata, tulisan itu adalah hak umum maka, sesiapa sahaja berhak menggunakannya.

“Tulisan itu boleh dibuat sesiapa sahaja dan yang penting kita kena lihat siapa pengeluarnya.

“Adakah pengeluarnya orang Islam? Sebab sebarang produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat, kita tidak tahu sama ada syarikat itu milik orang Islam mahupun tidak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here