Boleh guna pelekat tulisan jawi pada papan tanda

0
115

CYBERJAYA 17 Dis. – Pemilik premis di Pahang boleh menggunakan pelekat tulisan jawi pada papan tanda dan iklan tanpa menukarkan kesemua papan tanda berkenaan.

Memetik akaun Facebook Pahang Media, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd. Rahim Muda berkata, pelekat tulisan jawi itu juga perlu lebih besar daripada tulisan yang ada di papan tanda berkenaan.

“Pelekat tulisan jawi itu perlu jelas untuk dilihat oleh orang ramai selain diletakkan di bahagian atas papan tanda dan iklan.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga tidak akan memberikan tempoh lanjutan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan bermula 1 Januari depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Smart Partnership Back To School 2020 di Dewan Utama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Kuantan hari ini.

Sumbangan itu membabitkan pemberian beg sekolah, alat tulis dan botol air serta baucar persekolahan bernilai RM80 setiap seorang.

Abd. Rahim berkata, pemilik premis yang ingkar atau gagal mempamerkan tulisan jawi akan dikenakan tindakan kompaun.

“Jika pemilik premis gagal mematuhi arahan berkenaan, mereka boleh dikenakan kompaun berjumlah RM250 bagi kesalahan pertama, jika kali kedua, lesen perniagaan boleh dibatalkan,” katanya.

Sumber berita daripada akaun Facebook Pahang Media

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here