Bursa Malaysia pantau impak Coronavirus – CEO

0
125

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Bhd. memantau trend 2019 Novel Coronavirus untuk mengukur impaknya.

KUALA LUMPUR 09 NOVEMBER 2016. Pengunjung melihat papan eloktronik yang menunjukkan pasaran saham jatuh setelah Donald Trump diumumkan sebagai Presiden baru Amerika Syarikat di RHB Investment Hall, Jalan Tun Razak. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, pengendali bursa itu akan memantau potensi impak penularan koronavirus dan kerja-kerja yang perlu dilakukan.

“Apa yang kita akan melihat ialah pola yang jelas berkembang dalam tempoh empat hingga enam minggu akan datang, dan kemudian kita akan tahu impaknya kepada ekonomi dunia.

“Sudah tentu, ia menjadi kebimbangan. Pada mulanya, kita melihat pasaran memberi tindak balas yang agak kuat, kini pasaran menjadi lebih optimis kepada impak,” katanya pada taklimat keputusan kewangan 2019 Bursa Malaysia dilaporkan Bernama semalam.

Beliau menjawab soalan mengenai kemungkinan impak jangka pendek atau jangka panjang virus tersebut terhadap sentimen pelabur.

Kebimbangan mengenai penularan coronavirus telah menyelubungi sentimen pasaran.

Secara keseluruhannya, Muhamad Umar berkata, 2020 dijangka menjadi tahun yang positif bagi Bursa Malaysia, dengan penggunaan kukuh disokong oleh pertumbuhan ekonomi.

Faktor lain ialah impak positif daripada pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas baru-baru ini dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta kemajuan dan pelaburan Bandar Malaysia, katanya.

Semasa ditutup hari ini, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI merosot 4.88 mata kepada 1,545.59 daripada 1,550.47 semalam berikutan kebimbangan mengenai impak ekonomi daripada coronavirus, yang dari Wuhan, China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here