Coronavirus: Jangan naikkan harga topeng muka

0
209

CYBERJAYA – Peniaga yang didapati menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah berikutan penularan wabak coronavirus akan dikenakan tindakan tegas melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abdul Aziz berkata, peniaga atau syarikat yang menaikkan harga tersebut boleh dikenakan denda masing-masing RM100,000 dan RM500,000.
“Bagi peniaga atau individu yang menaikkan harga topeng muka tersebut boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM500,000 manakala syarikat pula boleh didenda sehinga RM500,000.00 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut beliau, terdapat lima jenis topeng muka yang telah ditetapkan sebagai barangan harga terkawal yang dinyatakan seperti berikut:
Tambah Muez, tindakan itu dibuat dalam situasi orang ramai memakainya sebagai langkah keselamatan dan pencegahan dari wabak tersebut.
(1) Topeng muka
(pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga)
Harga Borong-RM5 sekotak
Harga Runcit-RM7 sekotak

(2) Topeng muka
(pembedahan/perubatan) dua lapisan (gelung telinga)
Harga Borong-RM8 sekotak
Harga Runcit RM10 dan 20 sen seunit

(3)Topeng muka
(pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala)
Harga Borong-RM25 sekotak
Harga Runcit-80 sen seunit

(4) Topeng muka (pembedahan/ perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala)
Harga Borong-RM30 sekotak
Harga Runcit -80 sen seunit


(5)Topeng muka (pembedahan / perubatan) N95
Harga Borong – RM100 sekotak
Harga Runcit RM 6.00 seunit

Beliau berkata, bagi jenis topeng muka selain daripada lima jenis yang ditetapkan harga maksimumnya seperti diatas, kementerian masih mempunyai kuasa mengambil tindakan di bawah akta tersebut bagi sebarang perlakuan menaikkan harga borong atau runcit secara tidak munasabah.
“Kementerian telah menjalankan pemantauan berterusan dengan mengarahkan pegawai-pegawai penguat kuasa seramai 2,300 orang untuk membuat pemeriksaan di seluruh negara sejak 25 Januari lalu dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah,” tegasnya.
Menurut beliau, kementerian memohon kerjasama dan perhatian pihak terlibat dalam pemmbekalan dan penjualan topeng muka agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here