Coronavirus tidak mengenal mangsa

0
202

Wabak Coronavirus telah dikesan di Malaysia. Ia bukan dibawa oleh warga tempatan tetapi pelancong dari China yang berasal dari wilayah Wuhan.

Pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefley Ahmad yang mengesahkan tiga daripada lapan warga China yang datang ke Johor Bahru, semalam telah dikuarantin.

Melalui pencarian dalam portal- portal berita antarabangsa, wabak itu bermula di sebuah pasar di Wuhan yang menjual haiwan liar untuk dijadikan makanan eksotik.

Wabak yang mula melanda wilayah itu telah mengorbankan ratusan orang dan ia merebak ke beberapa negara termasuk Malaysia yang disahkan hari ini.

Ramai warga maya menyatakan kebimbangan tentang wabak itu. Malah ada antara mereka menggesa kerajaan menghentikan sementara kemasukan pelancong China ke negara ini bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Dua syarikat penerbangan di Malaysia telah menghentikan serta merta penerbangan ke wilayah berkenaan yang dianggap langkah tepat biarpun akan mengalami kerugian. Yang penting nyawa manusia berbanding keuntungan yang boleh diraih kemudian.

Kepada kerajaan, bertindaklah dengan berhemah. Wabak ini bukan sebarangan. Cukuplah kebimbangan rakyat mengenai virus Influenza A yang melanda Malaysia awal bulan ini.

Sebagai rakyat Malaysia jauhi tempat yang menjadi tumpuan ramai. Pakailah penutup mulut dan sentiasa mengetahui perkembangan terkini wabak tersebut.

Rakyat enggan mahu wabak ini dijangkiti warga tempatan yang tidak berdosa. Lakukan yang terbaik. Sayangi Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here