DBKL anjur temu duga terbuka

0
412

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa orang ramai khususnya yang sedang mencari pekerjaan ke program Ujian Lasak dan Temu Duga Terbuka Pekerja Sambilan (PSH) pada 21 hingga 23 Januari ini.

Calon-calon yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berminat untuk memohon boleh hadir ke Institut Latihan DBKL (IDB) di Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak di sini.

Sesi temu duga bagi pemohon lelaki ditetapkan pada 21 Januari manakala pemohon wanita pada 22 dan 23 Januari ini.

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat lantikan boleh diperolehi dari laman www.dbkl.gov.my.

Berikut adalah maklumat mengenai program berkenaan;

UJIAN LASAK TERBUKA:
🙋🏻‍♂️LELAKI SAHAJA – 21 JANUARI 2020 (SELASA)
👉🏼PEMBANTU AWAM

TEMU DUGA TERBUKA:
🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️LELAKI/WANITA – 22 JANUARI 2020
(RABU)
👉🏼PEMBANTU TADBIR (KERANI KEWANGAN)
👉🏼PEMBANTU TADBIR (KERANI OPERASI)
👉🏼PEMBANTU PUSTAKAWAN

🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️LELAKI/WANITA – 23 JANUARI 2020
(KHAMIS)
👉🏼PENOLONG PEGAWAI TADBIR
👉🏼PENOLONG AKAUNTAN
👉🏼PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
👉🏼PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
👉🏼PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR
👉🏼PENOLONG JURUTERA AWAM
👉🏼PENOLONG PUSTAKAWAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here