Dividen ASB 5 sen seunit, bonus 0.50 sen

0
243

CYBERJAYA 18 Dis. – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 2019 yang dinikmati 10 juta pelabur.

Agihan RM9 bilion itu adalah 5 sen seunit bagi agihan pendapatan dan 0.50 sen seunit bagi bonus.

Penurunan agihan dividen itu telah diramal sebelum ini berikutan prestasi ekonomi dan saham yang suram di Malaysia dalam tempoh setahun ini.

Namun berdasarkan rekod sepanjang lima tahun lalu, walaupun KLCI memberikan pulangan negatif, ASB kekal memberi pulangan tahunan purata sekitar tujuh peratus berbanding pulangan purata deposit tetap sebanyak 3.6 peratus untuk tempoh simpanan setahun.

Setakat hari ini, penanda aras Indeks FBMKLCI telah menurun sebanyak 7.2 peratus, menjadikannya indeks terlemah di dunia. –#malakattribune

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan agihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan 2019 di Menara PNB, Kuala Lumpur hari ini. – gambar media sosia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here