Dr. Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan

0
120

CYBERJAYA 10 Jan. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Menteri pada 8 Januari lalu telah bersetuju bahawa Dr. Mahathir memangku jawatan itu.

“Dr.Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik,” kata kenyataan itu hari ini.

Pada 2 Januari lalu, Dr. Maszlee Malik meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas dinasihatkan berbuat demikan. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here