Dua keluarga antara mangsa korban pesawat Ukraine

0
118

CYBERJAYA – Dua keluarga yang menaiki pesawat malang Ukraine International Air antara 176 penumpang yang terkorban dalam nahas kapal terbang itu di Iran semalam

Pedram Mousavi, 47, dan isterinya, Mojan Deneshmand, 43, dan dua anak perempuan mereka, Daria, 14, dan Darina, 10.

Memetik laporan DailyMail, salah satu keluarga yang terkorban ialah pasangan suami isteri dari Sweeden, Raheleh, 37, dan Mikael Lindberg, 40, bersama dua anak lelaki mereka Erik, 9, dan Emil, 7.

Sebuah lagi keluarga ialah dari Kanada, Pedram Mousavi, 47, dan isterinya, Mojan Deneshmand, 43, dan dua anak perempuan mereka, Daria, 14, dan Darina, 10.

Lebih menyayat hati, nahas itu turut mengorbankan satu pasangan dari Kanada iaitu Arash Pourzarabi, 26, dan Pouneh Gourji, 25, yang pergi ke Iran untuk berkahwin.

Arash Pourzarabi, 26, dan Pouneh Gourji, 25,yang baru melangsungkan perkahwinan di Iran antara mangsa nahas pesawat Ukraine yang terhempas

Menurut laporan agensi berita ISNA, pesawat Boeing 737 itu yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil, Kiev terhempas ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tehran.

Daripada jumlah yang terkorban itu, 82 penumpang ialah rakyat Iran, 63 rakyat Kanada, 11 rakyat Ukraine, 10 rakyat Sweden, empat rakyat Afghanistan dan masing-masing tiga rakyat Jerman serta Britain.-#MT

Raheleh, 37, dan Mikael Lindberg, 40, bersama dua anak lelaki mereka Erik, 9, dan Emil, 7, ketika sambutan hari lahir tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here