EZ Qurban lakar sejarah

0
241

CYBERJAYA 9 Jan. – Penyedia perkhidmatan pengurusan korban dan akikah, EZ Qurban Sdn. Bhd., melakar sejarah apabila menerima Anugerah Jabir Ibn Hayyan: Emerging Brand of The Year baru-baru ini.

Pengiktirafan tertinggi itu diberikan sempena Anugerah Kecemerlangan Islam anjuran Majlis Dakwah Negara di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Memetik akaun Facebook EZ Qurban Sdn. Bhd., Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah berkenan mencemar duli menghadiri majlis tersebut dan menyampaikan anugerah kepada penerima.

Menerusi status akaun rasmi Facebook itu, kejayaan itu dicatat setelah hasil undian orang ramai yang menyaksikan EZ Qurban telah mengenepikan saingan sembilan jenama terkemuka lain.

“Jutaan terima kasih dari kami di EZ Qurban buat anda semua yang telah mengundi kami. Kami akan terus berikan khidmat yang terbaik!,” kata status tersebut. – MT

Pengarah Urusan EZ Qurban, Azhar Ab Shukur bersama Anugerah Jabir Ibn Hayyan Emerging Brand of the Year.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here