Hanya 5 peratus PLC bayar zakat pendapatan 2018

0
306

CYBERJAYA 20 Dis – Tidak sampai 5 peratus daripada syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (PLC) yang melaksanakan tanggungjawab membayar zakat pendapatan walaupun 77 peratus daripadanya merupakan syarikat patuh syariah.

Maklumat itu dinyatakan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melalui buku bertajuk Ikon Bumpiutera Public Listed Companies (BPLC) yang dilancarkan baru-baru ini, seperti dipetik majalahlabur.com.

Senarai 31 PLC yang membayar zakat perniagaan tertinggi turut dinyatakan (rujuk gambar) dengan keseluruhan kutipan berjumlah RM229 juta pada tahun lalu.

Tiga syarikat pembayar zakat pendapatan tertinggi didahului oleh Tenaga Nasional Berhad dengan jumlah bayaran RM74 juta, Maybank (RM40) dan FGV Holdings Berhad (RM18 juta).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here