Hapuskan peperiksaan, fokus adab dan kemahiran hidup

0
158

RAUDHAH CITY – Pendekar pendidikan, Mohd. Fadzil Hashim menggariskan tiga strategi yang perlu diambil bagi memacu masa depan sektor pendidikan negara ke arah lebih baik.

Katanya, tiga strategi itu ialah pertama, fokus kepada adab dan kemahiran hidup; kedua, hapuskan peperiksaan dan ketiga bersatu serta muncul sebagai ‘a loving nation’.

Strategi itu dinyatakan ketika beliau menjadi penelis Wacana Sinar Siri 148 bertajuk Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di Shah Alam baru-baru ini.

“Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang sebagai seorang penelis untuk wawancara pertama untuk 2020. Ini merupakan satu topik yang sangat penting dan wajar mendapat perhatian serius kerajaan.

“Sebagai salah seorang reformis pendidikan dan rakyat yang cintakan agama bangsa dan negara, saya telah menyatakan tiga perkara yang perlu diberikan penekanan,” katanya dalam status Facebook miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, fokus kepada adab dan kemahiran hidup perlu diberikan perhatian kerana anak-anak perlu dilatih dalam khidmat masyarakat selain mengajar di sekolah rendah serta juga kemahiran hidup.

“Hapuskan peperiksaan. Jika kita lihat, mereka yang mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan tidak jadi apa pun. Kita perlu mendidik untuk memanusiakan manusia, kita bukannya hendak cipta robot dan ini adalah persediaan untuk menghadapi IR 4.0.

“Akhir sekali, kita harus bersatu dan muncul sebagai ‘a loving nation’. Kita perlukan keberanian politik dan ketepikan senjata yang rosakkan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil memohon agar Allah memberikan kebijaksanaan dan kekuatan untuk melaksanakan apa yang terbaik kepada anak-anak pada masa hadapan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here