Harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi

0
49

CYBERJAYA 6 Jan. – Harga minyak mentah Brent melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan susulan ketegangan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Memetik laporan CNN, harga tersebut meningkat 2.4 peratus kepada AS$70.24 (RM287) setong.

Harga minyak mentah terus meningkat lebih tiga peratus sejak Jumaat lalu selepas komander tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran, Qasem Solaiman terbunuh dalam satu serangan dron oleh AS, baru-baru ini.

Insiden pembunuhan terancang itu telah meningkatkan ketegangan di Asia Barat, yang terkenal sebagai pengeluar utama minyak mentah dan sumber tenaga dunia.-#malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here