Henti Bagi Kontrak Kepada Billionaires!

0
88

CYBERJAYA 5 Jan. – Projek kerajaan atau syarikat milik kerajaan (GLC) dapat kontrak oleh bilionaire tapi mengapa masih ada lagi rakyat miskin di negara ini?

Itu persoalan dilontarkan oleh seorang ahli perniagaan, Mohd. Fadzil Hashim terhadap bilionaire di negara ini yang masih gagal membantu meningkatkan taraf hidup rakyat walaupun di kawasan sendiri.

Menurut Mohd. Fadzil, mereka telah lama menikmati hasil kontrak berpuluh tahun dan mampu berupaya membina kekayaan yang sangat banyak.

“Lebih 90 peratus bilionaire di Malaysia jadi bilionaires melalui kontrak kerajaan atau GLC.

“Logiknya kerajaan dan GLC harus menghentikan pemberian kontrak kepada bilionaires-bilionaires.

“Billionaires ini juga sewajarnya diberi tanggungjawab menyelesaikan masaalah kemiskinan paling kurang dalam kawasan masing-masing,” katanya menerusi status akaun Facebook miliknya hari ini.

Beliau menambah, sebagai contoh, Sunway harus memastikan tiada lagi orang miskin dalam kawasan Sunway dan yang berjiran dengannya.

“Mereka mempunyai peluang pekerjaan dan barisan pasukan yang mampu membimbing keluarga miskin.
Mohon tindakan segera!,” tegasnya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here