[VIDEO] Idlib diserang lagi

0
125

CYBERJAYA – Pasukan sukarelawan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) di Reyhanli, Turki yang baru tiba di sana dikejutkan apabila wilayah Idlib, Syria sekali lagi dibom, semalam.

Memetik laporan portal Harian Metro,
walaupun tentera Rusia mengumumkan genjatan senjata di Idlib, Syria perjanjian antara Rusia dengan Turki baru-baru ini namun pergolakan di negara terbabit bagaikan belum bernokhtah.

Video ihsan MUSLIM CARE

Berita serangan itu diketahui Sukarelawan sebaik tiba di Pejabat Muslim Care Turki apabila salah seorang wakil Muslim Care Turki yang juga rakyat Syria berkongsi video insiden itu di mana kebetulan di berada di sana.

Susulan itu, pasukan misi ini mengambil langkah berjaga-jaga kerana hari ini akan masuk ke Syria untuk menyampaikan bantuan musim sejuk.

Perjalanan ke sana dari Reyhanli mengambil masa tiga jam dengan menaiki van melalui pintu masuk Ifrin Ghus Azzaitun di sempadan Turki Syria.

Sebaik tiba Sukarelawan akan menyerahkan bantuan kepada pelarian Syria selain bertemu dengan wakil kerajaan Turki yang berada di sana.

Sebelum ini, Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Turki Recep Tayyip Erdogan di Istanbul.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Disember sahaja seramai 284,000 melarikan diri daripada pengeboman dan serangan, terutama di selatan Idlib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here