Influenza A: 7 sekolah, 11 murid dan guru terlibat di Putrajaya

0
145

CYBERJAYA – Seramai 11 murid serta guru dijangkiti virus Influenza A dan B melibatkan tujuh buah sekolah di Putrajaya hari ini.

Dalam satu kenyataan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di sini, setakat pukul 1 petang tadi lapan murid terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan didapati dijangkiti virus itu.

Tambah kenyataan itu, jumlah guru terlibat pula adalah seorang lelaki dan dua perempuan.

Berikut merupakan senarai sekolah terlibat:

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (3)

Bilangan murid disahkan terlibat 1(lelaki dan 1(Perempuan)

2. SK Putrajaya Presint 11(2)                                                                                                                                                                   

Bilangan murid disahkan terlibat 1(Lelaki) dan 1(Perempuan)

Bilangan guru disahkan terlibat 1(Lelaki)

3. SK Putrajaya Presint 9(2)

Bilangan murid yang disahkan terlibat = 1 (Lelaki)

4. SK Putrajaya Presint 18(1)

Bilangan murid disahkan terlibat 1(Perempuan)

Bilangan guru yang disahkan terlibat = 1 (Perempuan) Influenza B

5. SK Putrajaya Presint 8(1)

Bilangan guru yang disahkan terlibat = 1 (Lelaki)

6. SK Putrajaya Presint 8(2)

Bilangan murid yang disahkan terlibat = 1 (Lelaki)

7. SK Putrajaya Presint 14(1)

Bilangan guru yang disahkan terlibat = 1 (Perempuan)

-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here