Jangan keliru papan tanda Malakat Mall

0
262

RAUDHAH CITY 22 Dis.- Pusat beli belah Malakat Mall ketika ini dalam proses menukar semua papan tanda di premis berkenaan dengan mercu ‘Malakat Mall’ bagi mengelak kekeliruan orang ramai.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon berkata, proses pertukaran papan tanda akan dibuat secepat mungkin dan dijangka selesai sebelum pembukaan rasmi Mac depan.

Beliau berkata, sebelum ini ada papan tanda Centrus Mall dan pihak pengurusan sudah membuat penggantian serta perlu dijelaskan bahawa hanya Malakat Mall satu-satunya pusat beli belah yang akan beroperasi di bangunan itu.

“Ruangan Centrus Mall pula ada di bahagian blok lain yang merupakan ruangan pejabat. Jadi, orang ramai jangan terkeliru, kita selepas ini akan tukar dan akan dibuka kepada orang ramai seperti dijadualkan pada Mac.

“Ketika ini kemasukan peniaga amat baik, ruangan bawah sudah penuh. Aras satu pula hampir penuh dan aras dua pula kita bukak peluang untuk bazar Ramadan,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai bazar Ramadan, Istighfar berkata, pakej menarik itu akan diumumkan pada minggu hadapan dan sambutan serta pertanyaan daripada peniaga setakat ini amat baik.

“Mengenai konsep, harga dan pakej-pakej lain untuk bazar Ramadan akan diumumkan pada minggu hadapan. Jadi, para peniaga jangan lepaskan peluang ini, sila ikuti segala perkembangan Malakat Mall,” katanya.

Malakat Mall bakal menjadi revolusi perniagaan bumiputera yang bakal menguasai 60 peratus daripada pasaran runcit sekali gus diyakini dapat meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam pasaran runcit.

Objektif utama Malakat Mall bukan hanya untuk mewujudkan pusat beli belah barangan bumiputera tetapi membina ekosistem ekonomi yang membolehkan komuniti berbelanja mendapat manfaat langsung. – #malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here