Jersi kaligrafi jawi Juventus ‘laku keras’

0
268

CYBERJAYA 21 Dis. – Tidak sampai 24 jam dikeluarkan, jersi khas pasukan Juventus yang menggunakan tulisan kaligrafi Arab habis dijual.

Jersi Edisi Riyadh tersebut yang akan dipakai sempena perlawanan akhir piala Supercoppa 2019 di Riyadh, Arab Saudi merupakan rekaan khas artis kaligrafi Arab-Maghribi, Shaker Kashgari.

Lebih menarik, rekaan khas ini mempamerkan nama pemain dalam bahasa Arab dan nombor pemain pula dimasukkan perkataan Juventus dalam tulisan ‘jawi’ di dalamnya sekali gus menjadikannya lebih cantik dan berseni.

Berdasarkan laman web store.juventus.com, hanya 500 unit jersi khas ini dikeluarkan dan menariknya hanya nama lima pemain sahaja dikeluarkan iaitu Dybala yang memakai jersi bernombor 10, Ronaldo (7), Pjanic (5), Deligt (4) dan Chiellini (3).

Dan setiap jersi pemain ini dijual pada harga €250 atau RM1,148. – #MalakatTribune

Kapsyen: Jersi khas Juventus yang menggunakan kaligrafi Arab rekaan artis kaligrafi Arab-Maghribi, Shaker Kashgari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here