Kanak-kanak disyaki dijangkiti influenza meninggal dunia

0
152

CYBERJAYA – Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kerana disyaki dijangkiti influenza meninggal dunia malam tadi.

Memetik portal Berita Harian, bapa kanak-kanak itu, Mohamad Nor Ain memaklumkan anaknya menghembuskan nafas terakhir pukul 10.41 malam tadi.

Sebelum ini bapa kanak-kanak itu memaklumkan anaknya dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu selepas kesihatannya semakin merosot ketika menerima rawatan di hospital swasta.

Tambahnya, anaknya sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum apabila mengalami demam minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here