Kanak-kanak warga China lari dari hospital ditahan semula

0
228

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang dilarikan oleh ibu bapanya di Hospital Sultanah Aminah kerana disyaki dijangkiti koronavirus telah ditahan semula malam tadi.

Hospital Sultanah Aminah

Dia ditahan bersama ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 9.20 malam tadi.

Kanak-kanak dua tahun itu telah dikuarantin selepas selepas disyaki mempunyai simptom wabak koronavirus.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din mengesahkan laporan polis yang dibuat seorang doktor Hospital Sultanah Aminah awal pagi semalam berhubung kejadian itu yang ditularkan di media sosial malam tadi.

“Mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya sambil memberitahu semua mereka telah dirujuk ke hospital berkenaan dan dikuarantin.

Semalam tular di laman sosial seorang doktor membuat laporan polis seorang kanak-kanak warga China dibawa keluar dari sebuah hospital oleh ibunya bapanya yang enggan anak mereka dikuarantinkan.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami simptom demam dan batuk dan dinasihatkan dikuarantinkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here